Thursday, 8 December 2016

Ribuan Juta Hadiri Perasmian Pejabat PPBM Kedah

Tadi sempat la jenguk Majlis Perasmian pejabat PPBM (cap Bunga) Kedah, di Stargate, Alor Setar. Ramai sungguh orang. Berjuta-juta...hahaha.

Melawak saja naaa...

Jumlah kehadirannya ramai jugak. Dalam seribu gitu kut. Padan la program peringkat negeri.

Tapi, disebabkan majlis tu diadakan bersekali dengan ceramah umum, maka yang hadir tu tentu la termasuk penyokong-penyokong pembangkang lain dan orang atas pagar. Orang UMNO mungkin tak dak. Alaaa, majlis sendiri pun depa malas nak pi, ini kan pula majlis orang...

Kalau orang UMNO pi, depa mungkin senyum-senyum sebab tengok kehadiran di majlis tu tak seramai mana. Ya la, tolak puak PKR, DAP, Amanah dan PAS yang mungkin ada sekerat dua, yang tinggal sebagai PPBM 'pior' tentu la tak berapa ratus pun.

Dan kalau betul ada yang dok tersenyum, tolong la jangan senyum lebar-lebar sangat. Jangan over confident. Bukan apa, macam kami dah kata dalam posting sebelum ni, takut puak bunga ni jadi cencaru makan petang...

Wednesday, 7 December 2016

Jaga-jaga... PPBM Kedah Dah Ada Pejabat

Esok, 8 Disember, pukul 9 malam gitu akan berlangsung majlis perasmian pejabat PPBM ( bunga) Kedah di Stargate.

Yang mai rasmi, presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Biar pi kat depa la. Depa nak buka pejabat ka, nak tutup kedai ka, nak tubuh cawangan ka, nak bubar bahagian ka, tu urusan depa.
Sekadar hiasan...tak ada
kena mengena dengan sesiapa
pun kecuali tepung.

Cuma dalam dok biaq pi kat depa tu, kita kena beringat juga. Jangan dok lena. Yang di Bangunan Tunku ka, di pejabat bahagian ka, kena jeling-jeling sama puak bunga tu. Jangan dok ambil mudah dan dok pandang lekeh. Walaupun nampak macam depa berterabur, tapi kena jaga-jaga juga. Bukan apa, takut jadi macam time PRU 2008 dulu... bila tengok ceramah-ceramah PAS, macam takdak sambutan hinggakan kita pakat konfiden habis, Last-last, bila keluar keputusan, tungging!

Jangan biaqkan benda yang sama berulang. Dunia la ni bukan boleh kira. Yang nampak bodoh tu kadang-kadang lebih cerdik daripada yang nampak cerdik walaupun yang nampak hodoh selalunya memang la tak lebih cantik daripada yang nampak cantik!

Saturday, 3 December 2016

AWAS.....!

Di PAU yang berakhir di PWTC kemarin ada cadangan supaya Umno melakukan langkah-langkah pemutihan bagi memastikan ahlinya tak 'sebelah di sana, sebelah di sini'.

Eloklah tu sebab dengaq kata di Kedah ni pun banyak makhluk jenis nak berenang serentak di dua kolam ni. Dalam dok 'Hidup Melayu!', 'Hidup Umno', 'Hidup Najib', depa diam-diam isi borang parti lain.

Ada dua tiga orang kuat PPBM (Bersatu) bagitau sendiri hal tu pada kami. (Tu la untungnya bila orang tak kenai kita...).

Dan kata depa, itu juga antara strategi Bersatu. Rekrutkan ahli daripada kalangan ahli Umno secara diam-diam, lepas tu biarkan depa 'berjuang' macam biasa dalam Umno. Dekat PRU nanti, kalih!

Sejenis ahli Umno lagi pula, depa main kaedah tunggu dan lihat. Depa isi borang parti baru, lepas tu depa buat senyap. Depa nak main selamat. Kalau depa nampak macam Umno tak goyah, depa akan kekal dalam Umno. Sebaliknya kalau nampak Umno macam nak 'rhuyup', mereka pindah terus ke sebelah sana.

Puak ni semualah yang Umno nak kena perhati dan jaga betul-betul. Geng di Bangunan Tunku tu kena tajamkan mata dan panjangkan telinga sikit. Jangan dok kira nak buat proposal minta bajet saja. Sat gi Tuk Nasir jege hangpa kata dia cengey...

Friday, 2 December 2016

Bang Li balik Kedah?

Dok riuh di kalangan orang Kedah la ni yang Bang Li aka Tok Li (Datuk Paduka Ghazali Ibrahim) akan dihantar balik ke Kedah.
Datuk Paduka Ghazali

Tapi baliknya bukanlah kerana berpencen. Dengaq kata, dia bawa misi khas untuk membantu mengukuhkan lagi Umno Kedah. Kukuh lagu mana, tak tau la. Tok Det (Datuk Seri Mahadzir Khalid) tau la kut.

Ada yang kata Tok Li akan diletakkan di MADA, jadi pengerusi, menggantikan Datuk Othman Aziz yang dah dibawa ke pusat jadi Timbalan Menteri Kewangan.

Dan tak kurang juga yang kata Tok Li kemudiannya mungkin diletakkan di Umno negeri. Jawatan apa, wallahuaklam. Tapi yang sah, kata yang empunya cerita, bukan la jawatan pengerusi perhubungan atau timbalannya.

Apa pun, itu semua cuma cakap-cakap. Belum tentu betul dan sahihnya. Tapi dalam politik, cakap-cakap adalah sesuatu yang penting. Sangat penting. Sebab tu la orang politik tak henti-henti bercakap...

Thursday, 1 December 2016

Selamat Berkenalan...

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia (dulu orang selalu sebut, sekarang jarang-jarang sekali, awat?)
Salam Muafakat Kedah,

Lama dah nak berblog ni, baru la boleh mula. Kira kuno la sikit, Time orang dah sibuk berFB, berInsta, berTweet, kami baru start nak main blog. Makna kata, orang dah pakai jambox, boombox, ipod segala bagai, kami baru dok belajar nak pasang kaset. 

Tapi tak pa, kata Antoine de Saint-Exupery, it's never to late to do something. Daripada dok kata nak buat, tapi tak buat-buat, lebih baik buat. Nanti orang samakan kita dengan orang politik pulak.

Dalam blog ni, fokus kami cuma pada Kedah dan politiknya sahaja. Pasal apa? Sebab, 1) Kami minat politik (2) Kami anak Kedah dan (3) Ini blog kami, jadi ikut suka kami la nak fokus ke mana pun...hahaha

Tapi dalam dok fokus ke Kedah, sesekali kami hala juga rotan kami ke luar. Kami tibai juga sesiapa yang patut. Namun ia bukan keutamaan. Prinsip kami, tengok yang di negeri sendiri dulu baru tengok yang di kandang orang. Tak maulah jadi macam sesetengah pemimpin tu, dok kalut dengan isu dan hal-hal nasional, kampung halaman sendiri tak terjaga...

Siapa kami?

Yang tu tak penting, Kami tak menulis untuk dikenali. Yang penting apa yang kami tulis. Yang lebih penting, kami ada rotan dan kami akan tibai sesiapa sahaja yang kami rasa patut ditibai.

Tu saja,,,

Terima kasih dan wassalam.